MY SLIDE

My Name is Ariza Slideshow: Ariza’s trip from Makassar, Sulawesi, Indonesia to 3 cities Jakarta, Bandung and Biak was created by TripAdvisor. See another Indonesia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Dia selalu ada dengan kenyamanan yang selalu kita dambakan


Hati bertaut kisah yang sulit untuk digambarkan. yang ada hanyalah ribuan perasaan mengharu biru. Antara rindu dan dendam, mencintai dan membenci, antara sahabat dan persahabatan. Semua hanyalah keadaan dimana kita merasa bisa untuk dimengerti dan dicintai APA ADANYA

KENCAN PERTAMA ATAU YANG TERAKHIR ?? TERGANTUNG ANDA

Pastinya hati berdebar-debar pertama kali ingin keluar bersama si dia. Pelbagai perkara bermain difikiran..
 
Pertemuan yang pertama ini amat penting untuk mengenali si dia dengan lebih dekat.Ia juga penentu arah hubungan antara anda dan si dia kelak.
Andainya si dia menepati citarasa dan kehendak anda,ternyata ianya sesuatu yang menyenangkan.Namun bagaimana pula jika sebaliknya.Haruskah anda terus berjumpa si dia atau tidak?

Kali ini,penulis ingin membawakan sedikit panduan buat anda.
Ianya khusus buat kaum wanita dalam menentukan siapa lelaki dalam hidup anda..

Ada beberapa ciri-ciri lelaki yang patut anda tinggalkan selepas 1st date dengannya iaitu:

1. Dari awal anda bertemu dengannya hinggalah waktu balik,si dia asyik merenung bahagian dada dan punggung anda sahaja.
Sikapnya seolah-seolah ingin menggoda anda.
Orang seperti ini biasanya mempunyai maksud lain yang tersembunyi dan tidak ikhlas ingin mengenali anda dengan lebih dekat.Si dia mungkin bukan sukakan anda kerana sikap dan peribadi anda tetapi ada tujuan lain.

2. Walaupun anda berada disisinya,matanya tetap meliar dan tak terlepas pandang melihat dan merenungi wanita lain.Orang seperti ini memang sukar dipercayai dan tidak jujur ingin bersama anda.Si dia juga memang tidak tahu bersyukur dengan apa yang sudah dimilikinya..

3. Baru saja berjumpa,tangannya dah mula gatal nak memegang tangan dan memeluk pinggang anda.Orang seperti ini ternyata amat tidak sesuai dijadikan kekasih kerana sikapnya yang lansung tidak tahu menghormati wanita.

4. Si dia asyik berkata yang dia bukannya nak sangat berjumpa dengan anda tetapi anda yang beria-ria sangat.Sikapnya yang awal-awal menunjukkan keegoan ini harus anda balas dengan tidak berjumpanya lagi di lain kali.Orang yang seperti ini juga memang menunjukkan ciri-ciri mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengakui perasaannya..

Jika pertemuan pertama anda dan si dia tidak seperti apa yang anda harapkan.
Atau pun si dia seorang lelaki yang memiliki ciri-ciri seperti diatas.Ada baiknya anda fikirkan baik-baik samada ingin berjumpa dengannya lagi atau tidak.
Apa yang sebaik-baiknya adalah anda carilah orang yang lebih sesuai buat anda dan jadikan 1st date dengan si dia sebagai last date...
Sesungguhnya anda berhak mendapat dan bersama dengan orang yang lebih baik,lebih memerlukan,lebih menghargai dan pastinya lebih menyayangi anda.

Sekian.Semoga tulisan ini dapat kiranya sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan komentar anda: