MY SLIDE

My Name is Ariza Slideshow: Ariza’s trip from Makassar, Sulawesi, Indonesia to 3 cities Jakarta, Bandung and Biak was created by TripAdvisor. See another Indonesia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Dia selalu ada dengan kenyamanan yang selalu kita dambakan


Hati bertaut kisah yang sulit untuk digambarkan. yang ada hanyalah ribuan perasaan mengharu biru. Antara rindu dan dendam, mencintai dan membenci, antara sahabat dan persahabatan. Semua hanyalah keadaan dimana kita merasa bisa untuk dimengerti dan dicintai APA ADANYA

WANITA IDAMAN PRIA

Semua wanita pasti berbangga jika memiliki paras rupa yang jelita dan potongan badan yang menarik.Kebanyakan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk menambah dan menjaga paras rupa serta bentuk badan mereka.

Bagi wanita kejelitaan itu merupakan aset penting menarik perhatian lelaki.Ramai yang menganggap mereka pasti akan menjadi perhatian dan menjadi idaman para lelaki jika mempunyai paras rupa yang jelita dan bentuk badan yang menarik.Tetapi,apakah itu semua yang dipentingkan oleh kaum lelaki?Apakah kaum lelaki mendambakan wanita jelita dan menarik semata-mata?
Memang semua lelaki akan berbangga andai memiliki pasangan wanita yang jelita.Tetapi bukan kejelitaan,kecantikan atau keseksian yang sebenarnya diidamkan oleh kebanyakan lelaki.
Bagi kaum lelaki ada beberapa ciri wanita yang sebenarnya menjadi idaman untuk mendampingi hidup mereka.
Antara ciri-ciri tersebut adalah..

● Wanita yang mesra dan mudah diajak berbual.
Ini kerana bagi kaum lelaki,wanita yang pendiam dan sukar untuk berbual susah untuk ditelah dan difahami perasaannya.Juga tentu sekali amat sukar menjaga hatinya.

● Wanita yang sentiasa meminta pendapat ataupun berbincang dulu sebelum melakukan apa-apa.
Lelaki kan terkenal dengan egonya.Pastilah kaum lelaki mahukan wanita yang boleh menganggap mereka sebagai tempat rujukan ataupun bantuan.

● Wanita yang berfikiran terbuka.
Kaum lelaki kan jenis yang suka 'explore'.Jadi mereka tentu perlukan wanita yang sebegini.Kalau sikit-sikit buat itu tak boleh,buat ini tak boleh,pasti akan membosankan mereka.

● Wanita yang matang dan tidak mengikut emosi.
Kaum lelaki sebenarnya akan merasa rimas dan cepat bosan jika melayan wanita yang selalu bertindak mengikut emosi.Bagi mereka,wanita yang berfikiran rasional dan bertindak mengikut akal merupakan wanita yang boleh membimbing mereka andainya mereka tersilap langkah serta dapat menjadi pencetus semangat samada pada jatuh atau bangun kehidupan mereka.

● Wanita yang tidak terlalu mementingkan penampilan fizikal.
Walaupun mata lelaki cepat tertarik pada pandangan luaran wanita,tetapi hati lelaki sebenarnya lebih melihat didalam diri seseorang wanita itu.Misalnya sikap yang penyayang,mengambil berat dan sebagainya.

Demikianlah ciri-ciri wanita yang sebenarnya menjadi idaman kaum lelaki.Ternyata kecantikan dan kejelitaan itu bukanlah faktor penting menentukan samada seseorang wanita itu seorang wanita idaman lelaki atau tidak.
Fikir-fikirkanlah..

1 komentar:

Silahkan komentar anda: