MY SLIDE

My Name is Ariza Slideshow: Ariza’s trip from Makassar, Sulawesi, Indonesia to 3 cities Jakarta, Bandung and Biak was created by TripAdvisor. See another Indonesia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Dia selalu ada dengan kenyamanan yang selalu kita dambakan


Hati bertaut kisah yang sulit untuk digambarkan. yang ada hanyalah ribuan perasaan mengharu biru. Antara rindu dan dendam, mencintai dan membenci, antara sahabat dan persahabatan. Semua hanyalah keadaan dimana kita merasa bisa untuk dimengerti dan dicintai APA ADANYA

APA YANG PANTAS DIHADIAHKAN BUAT SI DIA

Alangkah gembira dan cerianya diri bila menerima hadiah dari kekasih.Ketika membelek-belek dan melihat-lihat hadiah yang diberikan...pasti terbayang-bayang saat-saat indah bersamanya.

Memangnya hati siapa yang tidak merasa bahagia bila menerima hadiah dari si dia yang tercinta.Tetapi, adakah anda pernah terfikir atau cuba memahami maksud yang tersirat disebalik setiap hadiah pemberian kekasih anda?Tentu ada maksudnya bukan.
Sebenarnya,setiap hadiah yang diberikan turut mewakili maksud dan makna yang tertentu.Setiap jenis hadiah selalunya turut menyampaikan perasaan si pemberi hadiah secara tak lansung.
Kali ini,kita akan menghuraikan serba sedikit maksud yang tersirat disebalik beberapa jenis hadiah yang biasa diberikan oleh mereka yang bercinta.

●Bunga
Bunga merupakan hadiah yang biasa diberikan dan menjadi salah satu pilihan utama kerana ia dianggap melambangkan sebuah hubungan yang romantis.Tetapi,jenis hadiah ini lebih bersifat sementara kerana lumrahnya bunga,bila tiba waktu pasti akan layu.Adalah amat membimbangkan jika cinta yang disemai juga bersifat sementara seperti bunga..

●Perfume
Juga merupakan hadiah yang menjadi pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang.Hadiah seperti ini sebenarnya mewakili perasaan ingin sentiasa berdua dan bersama.Jika kekasih anda memberikan hadiah ini,bererti dia berharap untuk selalu dapat berada disisi anda dan menganggap anda seorang yang memiliki pesona serta tarikan sensual yang tersendiri.Si dia juga menganggap anda sebagai seorang yang berpersonaliti dan seksi.

●Patung bear
Ada yang menganggap hadiah seperti ini sebagai pemberian yang keanak-anakan dan tak matang.Namun,sekiranya anda menerima hadiah patung bear yang tertera perkataan 'I Love You' terutama dibahagian dadanya,ia menunjukkan si dia seorang yang amat romantis.Si dia juga sebenarnya sentiasa menghargai perasaan anda dan sentiasa bimbang sekiranya hati anda akan terguris dan terluka kerana dirinya.

●CD,DVD,Novel/buku

Hadiah begini diberikan kerana mungkin mengikut kegemaran dan minat orang yang disayang.Andai anda menerima hadiah ini,fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda.Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.

●Cincin/rantai leher

Kekasih yang memberikan hadiah berupa barangan perhiasan diri sebegini sememangnya amat menyintai dan menghargai kewujudan anda disampingnya.Ia menunjukkan si dia merasa amat bertuah dapat bersama-sama anda.Si dia juga memang serius dan ada komitmen dalam perhubungan anda berdua.

Demikian serba sedikit huraian yang ringkas tentang rahsia disebalik hadiah pemberian kekasih.Diharap akan bermanfaat dan berguna buat semua dalam kita menjalani hidup bercinta.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan komentar anda: